Translate

Jumaat, 20 September 2013

LAGI TEMBELANG 'LIM' DIBOCORKAN

KONSPIRASI, DISKRIMINASI DAN NASIB LIMA HARIMAU DALAM DAP

Hari ini adalah hari ketiga saya berblog. Walaupun masih baru blog ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Malaysia. Ada pemimpin DAP yang pro Dinasti Lim sudah mula kepanasan. Anthony Loke telah menghalang twitter DAP Insider dari mengkutinya. Malah akaun twitter DAP Insider telah disekat. Lim Guan Eng dan Anthony Loke kini menuduh bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, Chen Man Hin sebagai batu api sehingga wujudnya blog ini. Baca lanjut...: http://thedapinsider.blogspot.com/2013/09/chapter-2-conspiracy-discrimination-and.html



Khamis, 19 September 2013

RAHSIA 'LIM' DALAM DAP TERBONGKAR

Sebelum kita semua dapat mengulas mengenai CEC Parti DAP, ada baik nya kita membicarakan mengenai beberapa peraturan pemilihan sebuah parti yang bertunjangkan atas nama 'DEMOKRATIK'. Parti ini juga sering memperlekehkan sistem demokrasi yang diamalkan oleh pihak kerajaan, malah mereka juga pernah menuduh Parti kerajaan iaitu UMNO tidak demokratik suatu ketika dulu.

Saya tertarik dengan pendedahan oleh 'thedapinsider', yang dalam beberapa hari lalu mula menerbitkan artikel-artikel berkaitan pemilihan Parti DAP, dan dikatakan sistem yang selama ini menjadi kebanggaan oleh Ahli-Ahli DAP telah dimanipulasi oleh 'Lim' sebagai Setiausaha Agung hingga boleh membentuk dinasti dalam Parti tersebut. Sejauh mana kebenaran itu, kita akan cuba kupas dari masa ke semasa.

Perkara pertama yang menarik bagi saya ialah, DAP tidak memiliki Kepimpinan di peringkat Parlimen yang biasa disebut sebagai Bahagian, Kawasan atau sebagainya. Apa yang dimiliki oleh DAP adalah Ahli-Ahli serta Pemimpin diperingkat Cawangan. Oleh itu bagaimana DAP memimpin Cawangan-Cawangan ini, kuasa itu diberi kepada Setiausaha Agung. Lebih bjak lagi, Cawangan-Cawangan ini boleh dikategorikan sebagai kategori A atau B. Kategori tersebut boleh diubah dari A ke B atau sebaliknya pada bila-bila masa oleh Setiausaha Agung nya.

Kenapa perlu ada kategori A dan B ini?. Persoalan ini sangat menarik jika diperkatakan. Bagi saya walau siapapun yang mencipta peraturan ini, beliau adalah seorang Pemimpin yang berpandangan jauh, malah boleh dikatakan sangat bijak, kerana mungkin pada ketika peraturan ini dibuat, tidak ada Ahli-Ahli yang sebijak beliau yang boleh menghidu rancangan jangka panjang nya. 

Apapun disebalik semua itu, kunci kepada Pemilihan CEC ini adalah bergantung kepada Kategori 'A' dan 'B' itu. Kerana 'A', layak hadir dan layak mengundi dalam CEC, manakala 'B' hanya layak hadir tetapi tidak layak mengundi. Agak malang juga bagi ahli-tahli DAP kerana kepincangan peraturan tersebut hanya disedari selepas puluhan tahun berlalu. Rupa-rupanya barulah kita tahu bahawa ahli-ahli mereka tidaklah secerdik mana.

Rabu, 18 September 2013

PEMBOHONGAN KELUARGA LIM MEMPERTAHANKAN KUASA DALAM DAP

Seperti yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.  Teruskan membaca

sumber: http://thedapinsider.blogspot.com/

Selasa, 17 September 2013

CHIN PENG, NEGARAWAN..?

Dalam suasana ceria Negara menyambut sambutan bulan kemerdekaan yang ke 56 baru-baru ini, kemudian keceriaan tersebut ditambah dengan kesinambungan sambutan Hari Malaysia ke 50 (sempena penyertaan Sabah & Sarawak ke dalam Malaysia) pada 16 September, tiba-tiba kita dihidangkan dengan berita kematian Chin Peng.

Mulalah di laman-laman blog terpapar pelbagai andaian. Di kedai-kedai kopi terdengar cakap-cakap penganalisis-penganalisis tidak bertauliah memberikan hujah. Ada yang berpendapat kematian itu sememangnya dirancang, kerana kita semua maklum hayat Chin Peng hanya bergantung kepada mesin hayat sejak beberapa bulan lalu. Ada juga yang berpendapat ianya ketentuan Ilahi. Tidak kurang juga yang menganggap ia sebagai "hadiah sempena Hari Malaysia".

Dari segi reaksi, juga pelbagai. Ada yang menyatakan walaupun beliau seorang komunis, beliau tetap rakyat Malaysia. Mayat beliau wajar dibawa pulang dan dikebumikan disini. Tidak kurang yang menentang sehingga ada yang sanggup menyatakan kalau mayat Chin Peng dikebumikan di Malaysia, kubur beliau akan dikencing.

Apapun reaksi, pandangan dan pendapat, kerajaan telah memutuskan untuk tidak membenarkan mayat Chin Peng, walaupun abu mayat sekalipun untuk dibawa pulang dan dikebumikan disini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada kerajaan dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib, sekali lagi beliau buktikan bahawa kerajaan serius serta tegas dalam soal mempertahankan maruah Negara. 

Chin Peng dianggap sebagai seorang yang Patriotik oleh sesetengah pihak. Pihak berkenaan menyatakan demikian dari perspektif ciptaan mereka sendiri dengan menyatakan bahawa Chin Peng hanya menggunakan komunis sebagai platfom untuk menuntut kemerdekaan. Beliaulah pejuang kemerdekaan sebenar. Terdapat juga cubaan pihak tertentu sebelum ini cuba mengenengahkan fakta yang kononnya Almarhum Tunku sebenarnya menyudahi apa yang telah dibuat oleh Chin Peng.  

Hari ini secara terang-terangan pihak berkenaan menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan Chin Peng. Malahan mereka dengan berani menerbitkan atau mencetak bahan-bahan sebagai publisiti keatas perjuangan Chin Peng. Tanpa segan silu, mereka juga meminta rakyat supaya melupakan sejarah perjuangan Tunku Abdul Rahman memperjuangkan kemerdekaan. 

Agak malang dan agak mengejutkan juga, publisiti murahan yang dicipta oleh kumpulan ini disahut, disambut, walaupun bukanlah dalam bilangan yang begitu ramai. Namun persoalan yang timbul, apakah rasionalnya perjuangan Chin Peng hingga golongan ini beria-ia mahu memperjuangkan nasib Chin Peng.

Bagi sebahagian besar rakyat Malaysia yang cintakan Negara ini, serta telah terdidik dengan sifat 'mengenang budi', maka sudah tentu Chin Peng tidak ada dalam memori mereka. Malah kalau ditanya kebanyakkan dari 'kita', bila nama Chin Peng disebut, reaksi pertama adalah memikir sejenak, dalam hati pasti berkata, "Chin Peng?. Oh, pejuang Komunis". Apatah lagi mereka yang lahir dari keluarga Askar Persekutuan Tanah Melayu atau Polis semasa zaman darurat, akan lebih keras dengusan didalam hati. Kadang-kadang kita boleh mendengar perkataan-perkataan yang terpancul keluar, "bangsat tu?, atuk aku mati pasal dia lah. Sial punya komunis". 

Sebenarnya, nama Chin peng tidak membawa sebarang erti kepada hampir keseluruhan rakyat Malaysia. malah ramai diantara rakyat yang tidak ingin mendengar nama itu disebut. Ramai juga yang tidak pernah menganggap Chin Peng adalah Rakyat Malaysia. Jadi kepada mereka yang teringin menggunakan Chin Peng bagi meraih populariti, elok lupakan sahaja hasrat itu, kerana perlu diketahui bahawa sebahagian besar rakyat, sangat benci kepada Chin Peng.