Translate

Khamis, 17 Oktober 2013

KALIMAH ALLAH, USAHA TERBARU DAP MEMESONG KEPERCAYAAN RAKYAT



Seperti semua sedia maklum, pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri untuk tidak membenarkan Titular Archbishop KL menggunakan kalimah ALLAH didalam penerbitan berkala mereka The Herald sah dan berkuatkuasa. Maka dalam pemikiran rakyat kebanyakkan seperti saya adalah mudah, keputusan Mahkamah itu muktamad dan tidak perlu didakwa dakwi lagi.

Pada hari tersebut secara keseluruhan (mungkin tidak semua) umat Islam di Malaysia melahirkan rasa syukur, gembira apatah lagi peristiwa tersebut berlaku sehari sebelum hari Wuquf bagi umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji, manakala bagi mereka di tanah air pula sedang sibuk dengan persiapan untuk ibadah qurban, maka keputusan oleh Mahkamah itu bolehlah dianggap sebagai hadiah kemenangan umat Islam di Malaysia sempena menyambut Aidil Adha.

Namun ia bukanlah berita yang begitu menggembirakan bagi sesetengah pihak. Tidak berapa lama selepas keputusan Mahkamah itu, satu kenyataan telah dikeluarkan oleh salah seorang Pemimpin Pembangkang. Keputusan mahkamah itu dikatakan tidak merujuk kepada petikan dalam surah Al-Imran; 'Katakan (wahai Muhammad), 'wahai ahli kitab (Yahudi dan Kristian)! Marilah kita menuju ke satu kalimah (pegangan) yang sama antara kami dan kamu, bahwa kita tidak menyembah selain ALLAH!'. Petikan ayat ini digunakan oleh seorang pemimpin pembangkang (bukan Islam) melalui laman sosial, yang kononnya para Hakim yang membuat keputusan itu tidak merujuk kepada surah yang dinyatakan. Kita semua tahu bahawa ayat yag dipaparkan hanya sebahagia. 

Agak malang dan agak mengejutkan kerana terdapat dari kalangan orang-orang melayu (yang mendakwa diri sebagai ISLAM) menyokong kenyataan tersebut. Saya tidak bercakap mengenai Pemimpin-Pemimpin peringkat Nasional, tetapi saya bercakap mengenai orang-orang biasa yang seperti saya yang begitu mudah terpedaya. Sehingga ada pendapat yang saya dengar, "apa salahnya dia orang (kristian) guna kalimah ALLAH, biar semua agama guna kalimah ALLAH ini, lama-lama nanti semua akan join Islam'.

SubahanALLAH..begitu singkat dan ceteknya pemikiran rakyat melayu (Islam) di Malaysia ini. Patutlah Parti DAP begitu mudah mengatur strategi untuk memesong pemikiran Rakyat. Cuba kita imbau kembali bagaimana pihak Pembangkang dengan mudah meracuni pemikiran segelintir Rakyat dengan mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya. Tidak cukup dengan itu, diheret Isteri Perdana Menteri. Malah sehingga hari ini masih ada yang mempercayai bahawa kaitan Perdana Menteri itu benar. Tujuan Pembangkang hanya satu iaitu membangkitkan rasa benci rakyat terhadap Perdana Menteri dan akhirnya, semua dasar-dasar walaupun baik yang cuba dilaksanakan oleh Perdana Menteri bukan lagi menjadi perkara penting.

Dalam suasana UMNO yang begitu rancak melaksanakan transformasi demi memantapkan demokrasinya, DAP pula masih bergelut dengan isu Pemilihan CEC yang seperti tiada berkesudahan. Ahli-Ahli UMNO menunjukkan kematangan yang tiada tolok bandingnya berbanding Ahli-Ahli Parti Politik lain, sehingga jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi walaupun sistem yang dikatakan mengekang proses demokrasi dalam UMNO sebelum ini telah dimansuhkan, malah UMNO dengan berani membuka lebih ruang dengan memberi lebih hak kepada Ahli-Ahli untuk memilih dan bertanding. 

Hal ini sebenarnya menyedarkan Pembangkang bahawa, kekukuhan UMNO sukar untuk digugat. Kepimpinan YAB Dato' Seri Mohd Najib serta kesetiaan Timbalannya juga semakin hari semakin diterima oleh rakyat jelata. Nyata dasar-dasar yang dilaksanakan, yang diteruskan disenangi rakyat. Malahan mereka juga sedar bahawa satu per tiga kerusi Parlimen yang dimenangi BN adalah dari Sabah dan Sarawak. Sehingga ada satu 'trade mark', Sabah dan Sarawak 'fix deposit BN'. Namun satu perkara yang mungkin kita jarang-jarang terpandang, rakyat bumiputera dari Sabah dan Sarawak ini ramai yang beragama Kristian.

Maka bagi DAP ternampak ini adalah peluang besar. Rakyat di Sabah dan Sarawak rakyat yang beragama Islam dan Kristian sudah lama hidup bersama dalam keadaan harmoni, malahan kalau kita lihat saiz gereja di sana sama seperti Masjid-Masjid di Semenanjung. Tetapi itu tidak pernah menjadi soal kepada masyarakat di sana. Malahan sikap hormat-menghormati antara agama jauh lebih baik dari di Semenanjung. Isu kalimah ALLAH, isu azan, isu perarakan sempena Maulidur Rasul tidak pernah dibangkitkan di sana. Bukan seperti di Semenanjung.

Tetapi bagi DAP, mereka nampak cara terbaik menjejaskan kepercayaan Rakyat Sabah dan Sarawak terhadap kerajaan adalah meracuni pemikiran mereka dengan memperbesarkan isu kalimah ALLAH. Rosak keharmonian antara Agama yang sudah lama terjalin di sana, maka hancurlah sokongan rakyat terhadap kerajaan BN. Mungkin juga ramai yang tidak tahu bahawa, DAP sering menjadikan Gereja-Gereja di sana sebagai markas mereka apabila setiap kali Pilihanraya berlangsung. Mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa hubungan Paderi-Paderi dari sana cukup baik dengan para Pemimpin DAP, kerana itu lah satu-satunya institusi yang sukar untuk ditembusi oleh orang-orang Islam kerana kekangan budaya, iaitu menjaga keharmonian beragama.

Seperti yang dinyatakan diawal penulisan ini, keputusan Mahkamah Rayuan adalah mudah. Isunya pihak Titular Archbishop KL mencabar kuasa Menteri Dalam Negeri menguatkuasakan undang-undang melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan berkala mereka iaitu The Herald. Keputusan memihak kepada pihak Menteri Dalam Negeri kerana ia jelas bahawa, kuasa Menteri Dalam Negeri itu jelas dan tidak perlu dihuraikan lagi.

Namun bagi parti politik seperti DAP, lebih malang dengan sokongan sekutunya yang juga orang ISLAM, cuba membangkitkan sentimen bahawa isu penggunaan kalimah ALLAH ini telah menjadi isu antara Agama. Sedikit sebanyak ia akan menjejaskan pemikiran rakyat yang beragama kristian, mungkin juga isyarat tersebut sudah pun sampai di Sabah dan Sarawak. Saya tertarik dengan kenyataan salah seorang penyandang jawatan Naib Presiden UMNO baru-baru ini iaitu Dato' Seri Shafie Apdal, beliau berkata isu PRU ke14 bukan lagi soal Melayu atau Cina, bukan soal kaya atau miskin, tetapi adalah soal Islam dan Kristian. Mungkin beliau dari Sabah, maka isu ini telah dapat dihidu oleh beliau lebih awal dari orang lain.

Dalam Pilihanraya baru-baru ini kita sendiri dapat melihat bagaimana mudahnya kaum Cina terpedaya dengan tipu helah DAP dan akhirnya berlaku apa yang dikatakan sebagai Tsunami Cina. Tidak sampai sepuluh peratus kaum Cina menyokong BN dalam PRU lalu. Hasilnya memang sangat menguntungkan mereka, kerana tiada seorang pun Menteri dari kaum mereka dalam kabinet hari ini. Syabas. Rupanya orang-orang Cina tidak berapa pandai dalam berkira-kira. Persepsi yang menyatakan orang Cina pandai Matematik tidak boleh diguna pakai sekarang, kerana sudah terbukti.

Oleh itu kepada semua rakyat terutama yang beragama Islam dan juga Kristian. Jangan lah mudah terpedaya dengan mainan politik DAP. Mereka hanya mahu melihat negara ini hancur. kalau boleh biarlah berlaku rusuhan seperti di Negara-Negara lain. Kalau boleh berlaku seperti di Mesir, Syiria dan sebagainya. Mereka tidak peduli apa akan terjadi kepada generasi akan datang kerana mereka tahu, kuasa demokrasi serta kematangan rakyat sukar untuk digugat. Kini cubaan terbaru mereka, rosakkan hubungan antara agama. kalau boleh hingga berlakunya rusuhan. Undang-undang, Mahkamah tidak perlu dihormati. Isu Kalimah ALLAH adalah peluang terbaik bagi mereka.

WaALLAHualam..












Tiada ulasan:

Catat Ulasan