Translate

Jumaat, 11 Oktober 2013

TRANSFORMASI, TANGGUNGJAWAB AHLI-AHLI UMNO

Selepas 67 tahun UMNO ditubuhkan, buat pertama kalinya para Perwakilan UMNO diperingkat akar umbi diberi hak untuk memilih Pemimpin diperingkat Nasional. Satu lagi sejarah akan tercipta di persada Negara yang akan menjadi titik tolak kepada perubahan landskap politik di tanah air dimasa hadapan.

Sebagai Rakyat biasa, dalam suasana politik yang tidak menentu pada hari ini, kita dapat lihat bagaimana Parti-Parti Politik lain sedang bergelut mencari pembaharuan. Banyak pihak yang war-warkan, akan lakukan perubahan. Antara perkataan bahasa inggeris yang agak popular digunakan iaitu 'rebranding', tetapi masih tidak nampak apakah perubahan yang ingin dilakukan.

Pada hari ini juga kita dapat lihat bagaimana sebuah Parti Politik yang masih bergelut menepis isu pemilihan Jawatankuasa Pusat yang saban hari menjadi bahan popular media, tidak kira samada media cetak, media eletronik malahan media alternatif sejak setahun lalu. Lebih memburukkan keadaan apabila ahli-ahli nya sendiri telah mula mengkritik sistem parti tersebut secara terbuka melalui pelbagai saluran media.

Terdapat juga sebuah Parti yang akan melalui proses pemilihan dalam tempoh setahun dua ini, juga sedang berdolak dalik dalam isu berubah, melakukan perubahan dan sebagainya. Malahan krisis yang berlaku dalam Parti Sekutu mereka juga telah memberi kesan negatif dan hari ini Ahli-Ahli mereka sedang menuntut pucuk Pimpinan mengkaji semula hubungan atau pakatan dengan Parti tersebut. Jika tidak, berkemungkinan akan benar-benar berlaku perubahan dari segi pucuk Pimpinannya.

Beberapa tahun lalu, kita juga dihidangkan dengan laporan kepincangan sistem pemilihan sebuah parti politik yang juga dikatakan memperjuangkan perubahan diwarnai isu kronisme, pilih bulu dan pelbagai lagi. Setiap hari kritikan demi kritikan, luahan demi luahan dilaporkan didada-dada akhbar, media eletronik dan media alternatif oleh ahli-ahlinya sendiri. Saya percaya jika hari ini ianya berlaku, sudah pasti ia juga akan melibatkan pihak ROS.

Namun perkara-perkara yang disebutkan tadi tidak satu pun dapat dikaitkan dengan UMNO. Malahan apa yang berlaku pada UMNO adalah sebaliknya. Saya sendiri agak teruja, walaupun tidak terlibat dengan sebarang urusan pemilihan UMNO, namun melihatkan kegairahan rakan-rakan sepermainan (yang dalam lingkungan umur 35-50tahun) menghantar borang pencalonan dihari penyerahan borang untuk bertanding, timbul rasa ingin bersama dalam gelanggang UMNO. Tetapi apakan daya.

Satu perkara yang sangat menarik perhatian saya, ramai dari kalangan rakan-rakan sepermainan rupa-rupanya ahli UMNO. Selama ini mereka mendiamkan diri kerana tidak diberi peluang. Namun dengan beraninya pucuk pimpinan UMNO melaksanakan transformasi, saya lihat semangat cintakan parti semakin menebal dikalangan golongan yang tertinggal ini. Malah hari ini secara terang-terangan mereka mula bercakap mengenai UMNO.

Esok buat pertama kalinya perwakilan diperingkat cawangan akan menunaikan tanggungjawab mereka. Malahan kali ini, mereka berpeluang untuk menentukan siapa Pemimpin mereka yang akan membawa UMNO untuk tempoh 50 atau 100 tahun lagi, kerana selain Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri juga akan menentukan Kepimpinan mereka esok. Kepada mereka yang terlibat, transformasi kali ini adalah bergantung kepada sejauh mana ahli-ahli meletakkan kematangan serta kepentingan Parti dihadapan. Selamt bersidang.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan