Translate

Selasa, 8 Oktober 2013

3 PENYANDANG NAIB PRESIDEN MENDAHULUI



Berbaki 10 hari lagi tempoh sebelum Persidangan UMNO Bahagian di seluruh Negara bersidang, Ketiga-tiga penyandang Naib Presiden UMNO, iaitu Dato' Seri Ahmad Zahid, Dato' Seri Mohd Shafie dan Dato' Seri Hishamuddin setakat ini dilaporkan masih mendahului tiga pencabar lain iaitu Dato' Seri Ali Rustam, Tan Sri Isa dan Datuk Mukhriz. Hasil kajian dari beberapa pihak mendapati Dato' Seri Ahmad Zahid mendahului calon-calon lain dengan sokongan yang dilaporkan melebihi 90%. Manakala sokongan terhadap Dato' Seri Mohd Shafie dan Dato' Seri Hishamuddin masih kekal ditahap 70% sehingga hari ini.






Tahap sokongan terhadap Dato' Seri Ali Rustam dan Datuk Mukhriz dilaporkan masih kekal ditahap 30%. Manakala sokongan terhadap Tan seri Isa dilaporkan ketinggalan agak jauh berbanding Calon-Calon lain.


Bagaimanapun masih terlalu awal untuk menentukan kedudukan calon-calon yang bertanding kerana masih berbaki 10hari sebelum UMNO Bahagian-Bahagian seluruh Negara Bersidang bagi menentukan Hala Tuju UMNO dalam PRU ke 14 nanti. 

Kedudukan tahap sokongan dijangka akan berubah dalam beberapa hari akan datang, bergantung kepada keberkesanan serta strategi Calon-Calon bertemu dengan Perwakilan dalam 10 hari terakhir nanti. Ramai juga dari kalangan para penganalisis berpendapat keputusan 'luar jangka' akan mewarnai Pemilihan UMNO pada kali ini. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan