Translate

Selasa, 8 Oktober 2013

ZAHID, SHAFIE CALON SEBUTAN DI PERAK

Calon No. 1, Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) dilaporkan mendapat sokongan padu dari perwakilan Negeri Perak. Menurut sumber hasil dari kajian yang dibuat di Perak, hampir 100% para Perwakilan menyebut nama Dato' Seri Ahmad Zahid, sebagai salah seorang calon pilihan mereka bagi mengisi Jawatan Naib Presiden dalam pemilihan akan datang.


Dari tinjauan yang dibuat, Dato' Seri Ahmad Zahid dikatakan memenuhi kriteria Pemimpin yang dikehendaki oleh Ahli-Ahli UMNO masa kini, dimana UMNO sejak beberapa tahun kebelakangan dilihat seperti ketandusan Pemimpin yang memiliki ketegasan seperti dimiliki Zahid.


"Dato' Zahid sudah buktikan bahawa beliau memiliki ciri-ciri Kepimpinan yang dikehendaki oleh Ahli-Ahli UMNO terutama dalam suasana hari ini, UMNO memerlukan Pemimpin yang berani serta tegas mematahkan tohmahan serta serangan Pemimpin Pembangkang".: ujar seorang Perwakilan ketika ditanya mengenai Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Manakala seorang lagi Calon iaitu Dato' Seri Mohd Shafie, Sebagai Pemimpin yang bertanggungjawab menjaga kebajikan Rakyat Luar Bandar, nama beliau sudah tentu meniti dibibir Ketua-Ketua Kampung di Perak yang memiliki lebih 800 orang Ketua Kampung, secara kebetulannya sebahagian besar Ketua-Ketua Kampung ini adalah juga merupakan Ketua UMNO di peringkat Cawangan. Namun kekuatan Dato' Seri Mohd Shafie sebenarnya bukanlah pada nama semata-mata. Menurut salah seorang Ketua Kampung yang ditemui berkata, "Dato' Shafie ni jenis buat kerja, tidak banyak bercakap. Tetapi sesekali bercakap, dia bole patahkan habis isu-isu Pembangkang. Saya suka dia". 



Satu lagi pendapat yang diluahkan oleh Ketua Kampung, "Kita perlu beri ruang dan Peluang kepada Dato' Shafie untuk menyandang Jawatan Naib Presiden. 
Siapalah kita tanpa sokongan kawan-kawan kita dari Sabah dan Sarawak. Saya harap anak-anak muda dapat teruskan beri sokongan pada beliau". 

Menyentuh aspek lain, seorang Ketua Kampung menyatakan pencapaian Dato' Seri Shafie sebagai Menteri KKLW memang tidak boleh dipertikai. Menurut beliau, semua janji-janji projek Pembangunan telah dilaksanakan sebelum PRU 13 lagi. Malah dikatakan terdapat projek-projek yang gagal dilaksanakan sebelum ini, telah dapat dilaksanakan oleh KKLW sejak Dato' Seri Haji Mohd Shafie memimpin KKLW. "Beliau ni adalah orang yang menepati janjinya". Kata salah seorang Ketua Kampung ketika diajukan persoalan mengenai Menteri KKLW itu.

Itu adalah sebahagian dari pandangan Ketua Kampung terhadap Dato' Seri Mohd Shafie Apdal, selaku Menteri KKLW yang sedang mempertahankan Jawatan Naib Presiden UMNO dalam Pemilihan UMNO beberapa hari lagi.

 




Tiada ulasan:

Catat Komen