Translate

Ahad, 13 Oktober 2013

PERANAN SHAFIE PENTING SEBAGAI NAIB PRESIDEN


Ahli-ahli akar umbi Sayap Pergerakan UMNO telah menterjemahkan suara mereka pada 12 Oktober lalu. Seperti semua tahu keputusan kali ini adalah keputusan para perwakilan yang dilantik diperingkat Cawangan, bukan lagi hanya beberapa orang yang dipilih ke Kuala Lumpur. Tahniah kepada Sharizat, KJ dan Mas dan kepada kepimpinan Bahagian yang dapat mengekalkan atau merampas kedudukan masing-masing. Kepada yang tewas jangan kecewa kerana itulah politik. Tahniah juga kepada semua perwakilan kerana saya percaya pilihan para perwakilan yang mewakili suara akar umbi itu merupakan pilihan terbaik buat masa ini.

Kini tumpuan beralih kepada pemilihan yang lebih besar. Kematangan Ahli-Ahli serta Pemimpin telah meletakkan Presiden serta Timbalan Presiden dipersadanya tersendiri. Walaupun pertandingan kali ini lebih terbuka, kedua-dua Jawatan penting itu tidak dicabar, kerana mungkin atas kesedaran 'mengukur baju dibadan sendiri', seperti yang diperkatakan oleh banyak pihak.


Namun perebutan jawatan ketiga penting dalam hiraki UMNO iaitu Naib Presiden dilihat begitu sengit. Calon-calon yang menawarkan diri samada penyandang mahupun pencabar bukanlah calang-calang calon. Tidak perlu untuk diperkenalkan lagi, saya kira keseluruhan rakyat Malaysia mengenali mereka dan kesemua keenam-enam calon mempunyai kelebihan serta kekuatan tersendiri. hari ini saya ingin melontarkan persoalan mengenai mengapa perlunya salah seorang calon Naib Presiden ini kekal menyandang jawatan tersebut. Mungkin ada yang kurang bersetuju, namun negara ini adalah negara demokrasi, semua orang bebas menyatakan pendapat.

Ada beberapa perkara yang perlu mendapat pertimbangan para perwakilan sebelum menunaikan tanggungjawab mereka pada 19 Oktober nanti. Ini sangat penting kerana pemilihan kali ini juga akan mencerminkan hala tuju UMNO bukan sahaja bagi menghadapi PRU ke 14 nanti, namun bagi menentukan survival bangsa dan agama di bumi bertuah ini.


Menyentuh soal Dato' Seri haji Mohd Shafie Apdal, sebagai menteri KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) sejak 2009, maka sudah tentu walaupun ramai yang mungkin tidak menyedarinya, tetapi beliaulah orang yang bertanggungjawab memastikan majoriti rakyat terbanyak, yang tinggal luar bandar mendapat perhatian sewajarnya. Hasilnya samada UMNO sedar beliau berjaya atau tidak melaksanakan tanggungjawabnya, PRU ke 13 lalu membuktikan bahawa daripada 133 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN, 128 daripadanya merupakan kerusi Parlimen yang berada dalam kawasan luar bandar. Malahan jika pergi lebih terperinci, 47 dari jumlah kerusi tersebut disumbangkan dari Sabah dan Sarawak.

Sewaktu Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengambil alih Kepimpinan Negara, kerajaan telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dimana KPI atau dalam bahasa mudahnya, ukuran tahap pencapaian seseorang Menteri atau Kementerian turut diperkenal. Tujuannya adalah bagi memudahkan rakyat mengukur sejauh mana sesorang Menteri itu dapat menunaikan tanggungjawabnya. Bagi Dato' seri Shafie, pencapaian KKLW dari segi KPI nya bukan lah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Jika dilihat kepada perancangan KKLW sejak 2009,, menyediakan kemudahan asas kepada masyarakat Luar Bandar seperti bekalan air bersih, bekalan eletrik, jalanraya serta bantuan rumah kepada masyarakat Luar Bandar adalah tidak keterlaluan jika dikatakan kesemua Program Pembangunan Luar Bandar telah dapat dilaksanakan 100%. Malahan terdapat program yang telah dilaksanakan melebihi sasaran.   

Dalam Perhimpunan Agong UMNO dua tahun yang lalu, saya masih ingat semasa beliau berucap di Sesi Penangguhan, Naib Presiden ini memperkatakan mengenai Politik yang berkaitan dengan nombor atau bilangan. Pada masa itu beliau menegaskan bagaimana parti lawan begitu agresif menambah jumlah pengundi bagi memastikan kemenangan dipihak mereka dalam PRU ke 13. Hasilnya UMNO turut agresif selepas itu menambah bilangan Ahli dan yang penting bilangan pengundi Melayu.

Dari segi pengalaman dalam Parti, Dato' Seri Shafie terpilih sebagai Exco Pemuda UMNO bagi penggal 1993/1996 setelah mendapat tempat ke-12 dengan jumlah 198 undi. Pada tahun 1995 beliau telah dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Semporna dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah. Antara tahun 2000 dan 2003, Mohd Shafie juga menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Mohd Shafie terpilih Naib Presiden UMNO bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussain dalam Perhimpunan Agong 2009. Waktu itu beberapa Wakil dari Sabah seperti Datuk Bung Mukhtar, Datuk Seri Musa Aman dan Rosnah Rashid Shirlin turut terpilih dalam perhimpunan itu bagi memulihkan UMNO setelah dikejutkan dengan tsunami politik 2008.

Bagi memastikan kelangsungan survival bangsa, agama dan Dato' Sei Mohd Najib yang sedang memacu Negara ke Fasa terakhir dalam merealisasikan Impian Wawasan 2020, beliau sangat perlu kepada barisan Kepimpinan UMNO yang menyokong kepimpinan beliau. Namun segala-galanya terserah ditangan Perwakilan yang akan bersidang pada 19 Oktober ini. Pemilihan kali ini sangat penting kerana ia akan menentukan UMNO masih relevan atau tidak didalam memastikan survival bangsa dan agama untuk generasi akan datang. Sangat penting UMNO memberi ruang kepada saudara-saudara kita dari Sabah bersama didalam saf kepimpinan Negara. WaALLAHualam.. 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan