Translate

Khamis, 19 September 2013

RAHSIA 'LIM' DALAM DAP TERBONGKAR

Sebelum kita semua dapat mengulas mengenai CEC Parti DAP, ada baik nya kita membicarakan mengenai beberapa peraturan pemilihan sebuah parti yang bertunjangkan atas nama 'DEMOKRATIK'. Parti ini juga sering memperlekehkan sistem demokrasi yang diamalkan oleh pihak kerajaan, malah mereka juga pernah menuduh Parti kerajaan iaitu UMNO tidak demokratik suatu ketika dulu.

Saya tertarik dengan pendedahan oleh 'thedapinsider', yang dalam beberapa hari lalu mula menerbitkan artikel-artikel berkaitan pemilihan Parti DAP, dan dikatakan sistem yang selama ini menjadi kebanggaan oleh Ahli-Ahli DAP telah dimanipulasi oleh 'Lim' sebagai Setiausaha Agung hingga boleh membentuk dinasti dalam Parti tersebut. Sejauh mana kebenaran itu, kita akan cuba kupas dari masa ke semasa.

Perkara pertama yang menarik bagi saya ialah, DAP tidak memiliki Kepimpinan di peringkat Parlimen yang biasa disebut sebagai Bahagian, Kawasan atau sebagainya. Apa yang dimiliki oleh DAP adalah Ahli-Ahli serta Pemimpin diperingkat Cawangan. Oleh itu bagaimana DAP memimpin Cawangan-Cawangan ini, kuasa itu diberi kepada Setiausaha Agung. Lebih bjak lagi, Cawangan-Cawangan ini boleh dikategorikan sebagai kategori A atau B. Kategori tersebut boleh diubah dari A ke B atau sebaliknya pada bila-bila masa oleh Setiausaha Agung nya.

Kenapa perlu ada kategori A dan B ini?. Persoalan ini sangat menarik jika diperkatakan. Bagi saya walau siapapun yang mencipta peraturan ini, beliau adalah seorang Pemimpin yang berpandangan jauh, malah boleh dikatakan sangat bijak, kerana mungkin pada ketika peraturan ini dibuat, tidak ada Ahli-Ahli yang sebijak beliau yang boleh menghidu rancangan jangka panjang nya. 

Apapun disebalik semua itu, kunci kepada Pemilihan CEC ini adalah bergantung kepada Kategori 'A' dan 'B' itu. Kerana 'A', layak hadir dan layak mengundi dalam CEC, manakala 'B' hanya layak hadir tetapi tidak layak mengundi. Agak malang juga bagi ahli-tahli DAP kerana kepincangan peraturan tersebut hanya disedari selepas puluhan tahun berlalu. Rupa-rupanya barulah kita tahu bahawa ahli-ahli mereka tidaklah secerdik mana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan